Ronaldo juga ada kelemahan
– Alexander-Arnold - Utusan Malaysia

Ronaldo juga ada kelemahan
– Alexander-Arnold

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL 24 Mei – Pada usia 20 tahun, bek kanan Liverpool Trent Alexander-Arnold berdepan tugas great iaitu menghalang Pemain Terbaik Dunia lima kali, Cristiano Ronaldo dalam perlawanan akhir Liga Juara-juara di Kiev, Sabtu ini (awal pagi Ahad waktu Malaysia).

Walau bagaimanapun, pertahanan Liverpool itu tidak gentar berhadapan dengan Ronaldo, sebaliknya percaya dia berupaya mencari kelemahan penyerang prolifik Real Madrid itu.

Alexander-Arnold bakal menutup musim ini dengan menakjubkan setelah dia disenaraikan ke dalam skuad England ke Piala Dunia biarpun belum pernah membuat penampilan sulung bersama skuad kebangsaan.

Dia menjadi sebahagian daripada kisah kecemerlangan yang dilakar Jurgen Klopp sepanjang pengurusannya yang berjaya menempatkan Liverpool ke perlawanan akhir sejak kali terakhir merasainya pada 2007.

Ketika Real meletakkan sasaran untuk muncul juara Eropah buat kali keempat dalam tempoh lima musim, Ronaldo pula memburu pingat kelima Liga Juara-juara selepas turut merangkulnya bersama Manchester United pada 2008.

Di sebalik pencapaian Ronaldo itu yang bakal membayangi perlawanan akhir di Kiev, Alexander-Arnold bagaimanapun tenang dan menyifatkan penjaring terbanyak dalam sejarah Liga Juara-juara tersebut boleh dikalahkan memandangkan pertahanan skuad Reds semakin baik.

“Sudah jelas, dia merupakan salah seorang pemain terbaik. Dia melakukan perkara yang menakjubkan dalam perlawanan, tetapi dia juga mempunyai kelemahan, yang mana semua pemain pasti ada.

“Pada Sabtu nanti, kami akan cuba mencari kelemahan dan menghalangnya daripada membuat apa yang paling dia gemar lakukan, iaitu menjaringkan gol,” kata Alexander-Arnold mengulas cabaran berdepan Ronaldo yang disifatkan misi terbesar dalam kariernya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN