Rokok seludup bernilai lebih RM800,000 dirampas - Utusan Malaysia

Rokok seludup bernilai lebih RM800,000 dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua berjaya  merampas rokok seludup bernilai RM830,960 termasuk cukai daripada sebuah lori di Jalan Sungai Tiram di sini.

Komander PPM Wilayah Dua, ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata, hasil maklumat orang ramai sepasukan enam anggota dan seorang pegawai telah mengekori sebuah lori tiga tan pada pukul 10.35 malam Selasa lepas.

“Anggota pasukan itu  mengekori lori berkenaan selama 15 belas minit sehingga sampai di jalan berhampiran persimpangan Sungai Tiram. Apabila anggota cuba menghampiri, pemandu  lori memberhentikan kenderaannya lalu melarikan diri ke kawasan hutan berhampiran.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 7,450 karton atau 74,500 rokok putih tidak sah berjenama Golden Deer di belakang lori berkenaan,” katanya kepada pemberita di Markas PPM Wilayah Dua dekat sini petang ini. 

Khiu berkata, pihaknya percaya rokok seludup berkenaan adalah untuk pasaran negeri ini dan kawasan lain di semenanjung. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini