KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini berikutan pemulihan permintaan terhadap unit tempatan itu serta seiring dengan prestasi pasaran ekuiti yang lebih baik, kata seorang peniaga. Pada 9.01 pagi, unit tempatan itu disebut pada 3.9800/9850 berbanding 3.9870/9900 sewaktu ditutup pada Rabu. Seorang peniaga berkata, pasaran saham dan tukaran asing kembali meningkat berikutan kemelut politik Itali yang semakin reda. Sebahagian daripada pemulihan itu didorong oleh…










