Restoran jijik di Bangsar diarah tutup - Utusan Malaysia

Restoran jijik di Bangsar diarah tutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Restoran Raj’s Banana Leaf di Bangsar di sini di­arah ditutup operasi buat sementara waktu oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkuat kuasa semalam kerana melanggar etika kebersihan.

Kuala Lumpur 30 Mei 2018 Timbalan Pengarah Bahagian Kesihatan
 

Timbalan Pengarah Bahagian Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL, Chandrakant Patel (gambar kecil) berkata, pihaknya bersama Kementerian Kesihatan melakukan pemeriksaan mengejut di premis berkenaan selepas sebuah video tular di media sosial kelmarin.

“Notis penutupan berkuat kuasa hari ini (semalam) akan berlanjutan sehingga pihak restoran dapat memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh DBKL.

“Tiada sebarang kompaun dikenakan. Restoran ini diarahkan tutup di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan 2016,” katanya ketika ditemui dalam operasi pemeriksaan di kedai berkenaan semalam.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN