KUALA LUMPUR – Restoran Raj’s Banana Leaf di Bangsar di sini diarah ditutup operasi buat sementara waktu oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkuat kuasa semalam kerana melanggar etika kebersihan. Timbalan Pengarah Bahagian Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL, Chandrakant Patel (gambar kecil) berkata, pihaknya bersama Kementerian Kesihatan melakukan pemeriksaan mengejut di premis berkenaan selepas sebuah video tular di media sosial kelmarin. “Notis penutupan berkuat kuasa hari ini (semalam) akan…










