MUMBAI 15 Mei – Umat Islam di Arab Saudi dan negara-negara Teluk dijangka memulakan ibadat puasa pada bulan Ramadan esok manakala masyarakat Islam di India, Pakistan, Bangladesh dan beberapa negara Asia Tenggara yang lain dijadualkan menyambut Ramadan sehari selepas itu. Portal Ummid melaporkan, bulan Ramadan ditentukan berdasarkan penampakan anak bulan pada 29 hari bulan mengikut kalendar Islam. Bulan Syaaban bermula di Arab Saudi dan beberapa negara Asia Barat yang lain…










