LABIS 29 Mei – Madrasah Tahfiz Nurul Iman di Kampung Juaseh di sini merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan bagi menampung kos pembinaan sebuah bangunan asrama bagi kemudahan para pelajarnya. Pengerusinya, Mohd. Khair Mean berkata, pihaknya memerlukan kira-kira RM200,000 iaitu RM170,000 adalah untuk membina bangunan sementara manakala selebihnya untuk prasarana lain. “Setakat ini kami telah mempunyai bangunan sendiri untuk kelas dan pejabat sementara, manakala untuk asrama pelajar pula kami terpaksa menyewa rumah yang terletak kira-kira 400 meter dari bangunan kelas. “Keadaan ini menyukarkan para pelajar untuk menghadiri kelas pada waktu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya