APAKAH punca yang mengundang kekalahan tidak terduga Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei, kelmarin? Adakah janji dalam masa 100 hari hendak menghapuskan semua tol dalam negara yang dikatakan menelan belanja sebanyak RM380 bilion telah berjaya menggamit tarikan pengundi? Atau menghapuskan cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang pemansuhannya dipercayai menyebabkan kerugian sebanyak RM45 bilion kepada pendapatan negara menjadi buah tangan paling bernilai menikam kalbu pengundi?…










