Pengorbanan petugas KKM, juruterbang nahas dikenang 

Pengorbanan petugas KKM, juruterbang nahas dikenang 

DR. Ainul Baraah Kamaruddin (bekalang, tengah) bersama tiga petugas termasuk seorang juruterbang yang maut dalam nahas di Miri, Sarawak, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jasa dan pengorbanan juruterbang serta petugas Kementerian Kesihatan yang terkorban dalam nahas helikopter perkhidmatan doktor udara (PDU) di Sarawak, petang semalam akan sentiasa dikenang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerusi catatan di Facebook mendoakan agar seluruh keluarga dan waris mangsa terlibat diberikan kekuatan, ketabahan serta kesabaran dalam menghadapi kehilangan yang amat berat itu.

“Salam takziah saya ucapkan kepada seluruh ahli keluarga mangsa atas kehilangan insan tersayang dalam tragedi ini. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Lebih menyentuh hati, mereka pergi ketika sedang melaksanakan amanah dan tugas untuk memberikan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat di kawasan pedalaman,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof turut menzahirkan kesedihan dan dukacita atas nahas helikopter tersebut.

Beliau berkata semua mangsa melaksanakan amanah, berkhidmat di kawasan yang mencabar, meredah jarak dan keadaan demi memastikan rakyat di pedalaman tidak dilupakan. 

“Jasa dan pengorbanan mereka amat besar dan akan dikenang sampai bila-bila.

“Salam takziah kepada keluarga dan waris mangsa yang terlibat dalam nahas ini. Semoga mereka dikurniakan kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi detik yang amat mencabar ini,” katanya.

Seorang juruterbang dan empat petugas KKM disahkan maut selepas helikopter perkhidmatan doktor udara dinaiki mereka terhempas berhampiran Lapangan Terbang Landasan Pendek (STOLport) Long Lellang, Ulu Baram, Sarawak petang semalam.-BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini