KUALA LUMPUR 31 Mei – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan Jawatankuasa Bersama Malaysia–Singapura sehingga awal tahun ini mengunjurkan kos bagi projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) adalah kira-kira RM72 bilion dan bukan RM110 bilion, meliputi pengambilan tanah dibayar kepada rakyat Malaysia. Katanya, unjuran kos berkenaan berasaskan kepada penilaian antarabangsa yang dilakukan dan dikemukakan sebelum ini. Menurut beliau, kos sebenar hanya diketahui apabila tender sepenuhnya…










