KOTA KINABALU – Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star), Datuk Dr. Jeffrey Kitingan hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah di sini hari ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan beliau menerima sejumlah wang sebanyak RM20 juta selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). Jeffrey yang kini berusia 69 tahun berkata, dakwaan tidak berasas tersebut dikatakan tular dalam laman sosial Facebook kira-kira sehari selepas pilihan raya umum pada 9 Mei lalu.…










