Presiden Sri Lanka ucap tahniah - Utusan Malaysia

Presiden Sri Lanka ucap tahniah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Mei – Presiden Sri Lanka, Maithiripala Sirisena me­ngucapkan tahniah kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad atas kemenangan beliau dalam pilihan raya umum di Malaysia, baru-baru ini.

Dalam perutusan tah­niah, Maithripala berkata, kemenangan bersejarah itu membuktikan bahawa rakyat Malaysia meletakkan kepercayaan dan keyakinan kepada kepemimpinan dan kepintaran politik beliau.

“Saya yakin sepenuhnya bahawa di bawah kepimpinan cemerlang beliau, Malaysia akan terus melakar peristiwa penting dalam hala tujunya dalam mencapai kejayaan,” katanya dalam satu kenya­taan hari ini.

Beliau juga berkata, Sri Lanka dan Malaysia terikat melalui sejarah berdasarkan hubungan rakyat dengan rakyat dan berkongsi perjuangan bersama di pentas antarabangsa.

“Saya mengimbas kembali de­ngan kekaguman pertemuan kami semasa lawatan rasmi saya ke Malaysia pada Disember 2016 apabila saya diberi penghormatan membincangkan perkara-perkara kepentingan bersama,” kata kenya­taan itu.

Beliau percaya bahawa di bawah kepemimpinan Dr Mahathir, hubu­ngan yang telah lama terjalin dan mesra antara Colombo dan Kuala Lumpur akan diperkukuhkan lagi demi faedah bersama rakyat ke­dua-dua negara, merangkumi kerjasama bidang-bidang baharu. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×