ALOR SETAR 16 Mei – Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah sah melepaskan jawatannya selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) berkuat kuasa semalam. Timbalan Presidennya, Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah berkata, tindakan tersebut turut disusuli oleh Setiausaha Kehormat, Datuk Aminuddin Omar serta Bendahari, Datuk Yusof Ismail yang diterima KFA hari ini. “Kami menerima peletakan jawatan ketiga-tiga mereka dan mengucapkan terima kasih di atas khidmat bakti mereka selama ini. …










