KUALA LUMPUR – Bersempena kempen Syioknya Raya yang sedang berlangsung, 11street kini menjalin kerjasama dengan Wiko bagi memasarkan telefon bimbit keluaran syarikat tersebut iaitu Wiko View2 Pro yang telah dilancarkan baru-baru ini.
Bermula hari ini sehingga 11 Jun depan, 11street merupakan satu-satunya pasaran dalam talian yang menyediakan peluang untuk melalukan pratempahan kepada para pengguna.
Setiap pembelian Wiko View2 Pro akan disertakan dengan kotak hadiah bernilai RM318.
Pengurus Besar Bahagian Barangan 11street, Henry Ho berkata, mereka teruja menjalin kerjasama dengan Wiko memandangkan syarikat tersebut berkongsi nilai yang sama seperti mereka.
“Kami mahu dekat dengan pengguna yang mempercayai 11street kerana ia akan memastikan mereka mendapat pengalaman terbaik yang ditawarkan.
“Kerjasama dengan Wiko ini akan menguatkan senarai produk yang ditawarkan, memandangkan pelanggan kami akan mempunyai lebih pilihan sewaktu melakukan pembelian telefon bimbit, bersesuaian dengan spesifikasi dimahukan,” katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, Pengarah Pembangunan Perniagaan Wiko Malaysia, Neo Lau berkata, kerjasama dengan 11street bertepatan dengan visi mereka, sekali gus memastikan jenama tersebut terus dikenali oleh orang ramai.
Wiko View2 Pro boleh dibeli pada harga RM999, namun orang ramai yang melakukan pratempahan boleh memiliki telefon tersebut pada berserta kotak hadiah yang mengandungi headphone Wiko WiShake, power bank 15,000mAh dan pendrive OTG.
Layari laman web www.11street.my untuk melakukan pratempahan, manakala untuk mendapatkan senarai penuh produk Wiko, layari laman www.11street.my/store/wiko. – K! ONLINE










