PPPJ pantau harga barang - Utusan Malaysia

PPPJ pantau harga barang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 25 Mei – Persatuan Penggerak Pengguna Johor (PPPJ) akan melakukan pemantauan harga barang selepas pengenaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada kadar sifar peratus, berkuat kuasa pada 1 Jun ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Naib Pengerusinya, Md. Salleh Sadijo berkata, usaha tersebut bagi memastikan peniaga mematuhi keputusan kerajaan selain memastikan sama ada kadar baharu GST sifar itu memberi kesan kepada harga barangan.

Katanya, fokus pemantau tersebut akan dijalankan pihaknya ke atas pasar raya sekitar negeri ini selain kedai runcit.

“Selepas GST sifar peratus, pemantauan perlu dilakukan untuk melihat apakah kesannya kepada harga barangan, dan sama ada ia dipatuhi peniaga.

“Ini penting pelaksanaan sifar GST dilakukan menjelang sambutan perayaan Aidilfitri dan kita mahu melihat sama ada berlaku pengurangan daripada segi kos harga barangan,” katanya selepas melakukan pemantaun harga di Bazar Ramadan Kampung Melayu Majidee, di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN