PPBM Terengganu minta Rafizi henti perlekeh orang lain - Utusan Malaysia

PPBM Terengganu minta Rafizi henti perlekeh orang lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU – Berhenti perlekeh mana-mana pihak dan tumpu kepada  program pembinaan semula negara seperti yang diperjuangkan Pakatan Harapan (PH), kata Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Terengganu, Datuk Razali Idris.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, pada masa ini rakyat ingin melihat keutuhan, kesepakatan serta unsur kesatuan dalam pimpinan kerajaan yang didukung oleh pelbagai parti komponen PH.

“Disebabkan itu sesiapa pun diharap tidak berlagak, angkuh dan mendabik dada dengan memperlekeh  sumbangan pihak lain yang turut sama menyumbang kepada kejayaan PH pada PRU-14 lalu,” katanya. 

Razali memberi reaksi kepada kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli yang mendakwa bahawa kemenangan PH pada PRU-14 bukan disebabkan populariti Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tetapi faktor Cukai Barang dan Perkhidmatan ( GST) dan isu kenaikan kos sara hidup.

Dalam kenyataan di sini hari ini, Razali menegaskan sekarang adalah masa untuk bina semula negara seperti yang terkandung dalam moto Invoke, pusat penyelidikan tidak bermatlamatkan untung yang dikendalikan oleh Rafizi.

Namun Rafizi sendiri tidak mengendahkan perkara itu dan mengambil jalan belakang yang boleh  mencetuskan krisis antara komponen PH, kata Razali. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN