Polis SPU kesan 4WD terlibat langgar lari - Utusan Malaysia

Polis SPU kesan 4WD terlibat langgar lari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS 26 Mei – Polis Seberang Perai Utara masih mengesan pemandu sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang terlibat dalam kejadian lari lari yang mengorbankan seorang penunggang motosikal di Jalan Tun Hamdan Sheikh Tahir, di sini petang tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam kejadian pukul 5.05 petang itu, warga emas, Khong Ah Ha@Khong Ah Kam, 75, maut ditempat kejadian selepas dirempuh 4WD itu yang datang dari arah Shell Kepala Batas menghala ke Bertam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, 4wd terbabit dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh mangsa sehingga dia mengalami cedera parah di badan dan kepala.

“Pemandu 4WD dengan nombor pendaftaran PKV 9501 itu dipercayai menghilangkan diri dan sehingga kini tiada sebarang laporan polis dibuat.

“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kepala Batas untuk dibedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN