Polis minta saksi perbicaraan mohon tampil - Utusan Malaysia

Polis minta saksi perbicaraan mohon tampil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Polis Iskandar Puteri meminta kerjasama seorang wanita untuk tampil menghadirkan diri sebagai saksi perbicaraan satu kes dadah di Mahkamah Majistret 2 di sini, pada Ahad ini.

Siti Nurhanis Syahirah Mohd. Naim, 30, bernombor kad pengenalan 880611-08-6578 dengan alamat terakhir di No 03-07, Blok M, Flat Taman Pulai Utama di sini. 

Wanita ini diminta hadir ke mahkamah dan menjadi saksi kepada kes yang dibicarakan mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 membabitkan dua orang tertuduh lelaki.

Perbicaraan yang bermula pada 14 Mei lalu, kini tertangguh dan akan dapat diteruskan dengan kehadiran saksi ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai wanita ini juga diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohd. Haffiz Hanaffi di talian 012-7425747 untuk menyalurkan maklumat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN