Polis jumpa 40 botol mengandungi dadah jenis heroin ditanam di belakang rumah suspek - Utusan Malaysia

Polis jumpa 40 botol mengandungi dadah jenis heroin ditanam di belakang rumah suspek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU – Taktik seorang pengedar dadah menanam stok dadah di dalam tanah bagi mengelak dihidu pihak berkuasa gagal apabila dia berjaya diberkas polis di sebuah rumah di Kampung Seberang Bukit Tumbuh, Kuala Nerus dekat sini pada kelmarin.

Dalam serbuan pada pukul 3 pagi itu, sejumlah 40 botol yang dipercayai mengandungi dadah jenis heroin berjaya dijumpai tertanam sedalam kira-kira 0.3 meter di belakang rumah terbabit.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Terengganu, Superintendan Roslan Tahir berkata, polis telah melakukan serbuan di premis terbabit yang membawa kepada penangkapan seorang lelaki berusia 20 tahun disyaki pengedar dadah terbabit hasil risikan selama tiga minggu.

“Pada mulanya, pemeriksaan pada badan suspek dan di dalam premis terbabit tidak menjumpai sebarang barang bukti namun setelah disoal siasat, lelaki berusia 20 tahun itu mengaku telah menanam sejumlah dadah di belakang rumahnya.

“Setelah digali, polis berjaya menjumpai 40 botol mengandungi serbuk putih disyaki dadah jenis heroin seberat 174 gram yang dianggarkan bernilai RM20,000,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontijen Terengganu di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×