MADRID 25 Mei – Perdana Menteri Sepanyol, Mariano Rajoy yang berhadapan dengan usul tidak percaya daripada parti gabungan yang memerintah dan parti Sosialis menegaskan, tidak akan mengadakan pilihan raya mengejut di negara ini.
Beliau berkata, negara ini memerlukan politik yang stabil dalam usaha memastikan pemulihan ekonomi yang kukuh yang dinikmati sekarang berterusan.
“Usul tidak percaya adalah bertentangan dengan kestabilan politik dan pemulihan ekonomi yang diperlukan oleh negara ini. Ini tidak baik untuk Sepanyol,’’ katanya.
Rajoy berkata akan meneruskan tugasnya sebagai Perdana Menteri untuk penggal empat tahun.
Pemimpin itu berhadapan dengan usul tidak percaya daripada parti Sosialis selain hilang sokongan daripada parti gabungan selepas mahkamah memutuskan parti pimpinannya Parti Popular bersalah kerana memperoleh keuntungan daripada dana haram. – AFP
habis.











