KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad meminta pihak yang mendakwa kerajaan akan mengalami kerugian jika membatalkan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura mengemukakan bukti bagi menyokong dakwaan mereka. Beliau berkata, tindakan mengeluarkan kenyataan dan dakwaan tanpa bukti tidak membawa apa-apa makna. “Bolehlah dia tunjuk bukti (tentang HSR), bila kita kata kerajaan hilang RM1 trilion (jumlah hutang negara), kita ada bukti dan dokumen yang menunjukkan kita…










