PLUS, Kumpulan Utusan edar bubur lambuk - Utusan Malaysia

PLUS, Kumpulan Utusan edar bubur lambuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Mei – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dengan kerjasama Kumpulan Utusan hari ini mengedarkan kira-kira 9,000 bubur lambuk kepada orang ramai di sekitar Masjid Jamek Kampung Baru dan di beberapa kawasan rehat dan rawat (R&R) milik PLUS

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail berkata, bubur lambuk tersebut mula diedarkan pada pukul 5 petang ini dan ia merupakan kerjasama tahun kedua di antara pihak PLUS dengan Kumpulan Utusan.

PLUS telah mengagihkan bubur lambuk sejak tahun 2015 namun kerjasama dengan Kumpulan Utusan baharu dijalankan tahun lalu.

“Hari ini kita turut mengagihkan bubur lambuk di beberapa buah R&R terpilih antaranya di R&R Dengkil, Ulu Bernam (arah selatan), Seremban serta Tapah bergantung kepada stok yang sedia ada,” katanya ketika ditemui di Masjid Jamek Kampung Baru, hari ini.

Hadir sama, Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Hassan Mohd. Noor serta Pengurus Besar Komunikasi Korporat Kumpulan Utusan, Jamal Ahmed Ali Ahmad. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN