KUALA LUMPUR 16 Mei. – Menteri Besar Johor baharu, Datuk Osman Sapian dinasihatkan tidak tergopoh-gopoh dalam pemilihan pembantunya, sebaliknya mengutamakan dalam kalangan ahli parti Pakatan Harapan sendiri. MUHYIDDIN Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pemimpin Pakatan Harapan itu perlu bertindak secara berhati-hati terutamanya di peringkat awal peralihan kuasa ini. “Beliau mungkin baru dan belum ada pengalaman lagi dan saya sudah menasihatkan kepada beliau supaya tidak tergopoh-gopoh. Walaupun nama pembantu…










