PH tidak bersedia bentuk kerajaan -Pas - Utusan Malaysia

PH tidak bersedia bentuk kerajaan -Pas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Mei – Pas melihat Pakatan Harapan (PH) tidak bersedia untuk membentuk sebuah kerajaan baharu selepas memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) selain mempamerkan sifat kelam-kabut dalam setiap tindakan mereka.

Pengarah Pusat Penyelidikannya, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki berkata, kerajaan baharu ini seperti tergopoh-gapah lebih-lebih lagi dalam soal siasatan dakwaan kesalahan-kesalahan dan memberhentikan projek-projek kerajaan terdahulu.

Katanya, PH sebenarnya tidak menjangka mereka akan diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah Malaysia dalam PRU-14 baru-baru ini.

“Pembentukan Kabinet jelas sekali kelam-kabut yang menyebabkan kementerian-kementerian sedia ada masih belum lengkap.

“Lebih malang, seseorang yang telah pun mengangkat sumpah menteri besar (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) tiba-tiba dinamakan sebagai menteri di peringkat pusat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini seperti dipetik laporan Malaysiakini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN