PH perlu buktikan mampu tadbir urus negara lebih baik SUDAH 20 hari Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) berlalu. Rakyat Malaysia telah membuat pilihan parti mana yang dipilih untuk mentadbir Malaysia dalam tempoh lima tahun lagi. Keputusan PRU-14 kali ini telah mengubah 360 darjah landskap politik tanah air apabila Barisan Nasional (BN) yang sudah memerintah negara selama 60 tahun akhirnya tumbang akibat tsunami rakyat. Pakatan Harapan (PH) dengan gabungan Parti Keadilan…










