KUALA LUMPUR 26 Mei – Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam sesi temu bual bersama stesen radio Amerika Syarikat (AS), Voice of America mendedahkan tentang kaedah yang bakal digunakan untuk mengurangkan hutang negara kepada kira-kira RM800 bilion daripada RM1 trilion yang direkodkan pada waktu ini. Perdana Menteri berkata, kaedah itu sedang dibincangkan dengan parti-parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH). Malah, beliau memberitahu, hutang berkenaan merupakan hasil kerajaan terdahulu yang telah mengumpulkan…










