RAUB 9 Mei – Seorang petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri di pusat pengundian Balai Raya Kampung Baru Sempalit di sini kira-kira pukul 2.15 petang ini.
![]() |
|
ROZALIZA MOHD. SAID
|
Rozaliza Mohd. Said, 49, yang bertugas sebagai kerani pengundian bagi saluran tiga meninggal dunia selepas dikatakan mengadu sakit perut.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, hasil maklumat awal daripada anak Rozaliza yang turut bertugas di pusat pengundian sama, ibunya mengadu sakit perut sebelum dia membawanya ke tandas.
“Ibunya kemudian terus tidak sedarkan diri. Kakitangan Hospital Raub yang tiba di tempat kejadian mengesahkan Rozaliza meninggal dunia.
“Mayatnya dibawa ke Hospital Raub untuk bedah siasat,” katanya. – UTUSAN ONLINE











