KUALA LUMPUR 25 Mei – Petronas sedang berbincang tentang subsidi minyak dengan kerajaan dalam usaha mencari mekanisme terbaik untuk melaksanakan satu daripada manifesto kerajaan baharu itu.
![]() |
|
PETRONAS
|
Naib Presiden Pemasaran, Perniagaan Hiliran Petronas, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, kerajaan juga telah beberapa kali bertemu dengan wakil kumpulan untuk mendapatkan pandangan dan cadangan daripada peserta industri itu serta syarikat lain.
Katanya, walau bagaimanapun, keputusan mutlak terletak di tangan kerajaan dan beliau yakin ia akan diputuskan dalam tempoh tidak berapa lama lagi.
“Petronas menyambut baik cadangan kerajaan baharu untuk mengembalikan subsidi minyak kepada rakyat di negara ini,” katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE











