KUALA LUMPUR 31 Mei – Seorang pesara jurutera kerugian kira-kira RM559,975 selepas diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai polis dari Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, bulan lalu.
![]() |
|
MOHAMMAD AZLIN SADARI
|
Kejadian penipuan berkenaan berlaku selepas mangsa, seoran lelaki yang berusia 73 tahun menerima panggilan seorang perempuan yang mendakwa sebagai pegawai bank Hong Leong dan memberitahu mempunyai tunggakan bayaran pinjaman peribadi sebanyak RM50,000.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, pemanggil perempuan tersebut kemudian menyambungkan talian ke IPK Perak
dengan dua individu yang menyamar sebagai polis iaitu Sarjan Ang dan Inspektor Yong.
Menurutnya, suspek memaklumkan akan menahan mangsa berkaitan penipuan wang tersebut dan dia difahamkan akaun di atas namanya digunakan untuk tujuan terbabit.
Tambahnya, apabila mangsa memberitahu wang dalam akuannya bersih daripada kegiatan penipuan itu, suspek memaklumkan akan menolong mangsa.
“Mangsa diarahkan membuka akaun baharu di Affin Bank dan memohon perbankan dalam talian serta memberi butiran mengenai akaun tersebut kepada Inspektor Ang Yong.
Dia kemudian diarahkan untuk memasukkan semua wang miliknya ke dalam akaun tersebut untuk diaudit oleh mahkamah tinggi sebelum dipulangkan semula,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE











