KUALA LUMPUR 17 Mei – Kerajaan Pakatan Harapan diminta mempertimbangkan tentang tindakan menamatkan perkhidmatan pegawai agama Islam yang dilakukan menjelang Ramadan. Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berharap Menteri Kewangan, Lim Guan Eng tidak melakukan penganiayaan dan mempertimbangkan nasib lebih 30,000 pegawai agama Islam di negara ini sekiranya mereka kehilangan pekerjaan. “Merujuk notis penamatan khidmat bertarikh 14 Mei yang berkuat kuasa pada 15 Mei 2018 saya difahamkan perintah yang…










