WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memaklumkan kepada pemerintah Korea Utara, Kim Jong-un semalam bahawa beliau membatalkan persidangan nuklear mereka di Singapura yang dijadual pada bulan depan. Beliau antara lain menyalahkan sikap ‘marah’ dan ‘permusuhan’ daripada rejim Korea Utara sebagai punca kegagalan detik bersejarah itu. Trump dan Jong-un dijadual mengadakan perbincangan peringkat tertinggi pada 12 Jun ini dalam matlamat melucutkan senjata nuklear, namun pertemuan itu menjadi tidak menentu…










