PERSIAPAN kontinjen negara ke Sukan Asia 2018 di Jakarta dan Palembang, Indonesia tidak terjejas susulan peralihan kuasa pada peringkat kerajaan Persekutuan dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) baru-baru ini. Presiden MOM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata, pihaknya sudah melantik jawatankuasa khas untuk memantau persiapan ke Sukan Asia selain turut bakal mengadakan pertemuan dengan menteri yang akan menjaga portfolio sukan apabila ia diumumkan kelak. “Setakat ini, proses Sukan Asia tidak terganggu…










