Perodua catat jualan 75,500 unit bagi empat bulan pertama - Utusan Malaysia

Perodua catat jualan 75,500 unit bagi empat bulan pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) mencatatkan jualan kenderaan sebanyak 75,500 unit bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini, meningkat 17 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, penguasaan pasaran juga dijangka mencecah 41.6 peratus, yang merupakan satu daripada kadar tertinggi dalam industri.

“Bagi bulan April sahaja, penguasaan pasaran Perodua dijangka mencapai 43 peratus, satu daripada pencapaian terbaik kami.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami berharap momentum ini akan berterusan hingga akhir tahun ini, sekali gus dapat mengekalkan kedudukan nombor satu jenama ini dalam pasaran,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena majlis Iftar Ramadan Perodua 2018 di sini hari ini.

Selain itu, bagi tempoh empat bulan pertama 2018, tempahan kenderaan Perodua mencatatkan peningkatan sebanyak 14.2 peratus kepada 114,000 unit.

Penerimaan servis turut meningkat 5 peratus selain perolehan alat ganti juga mengukuh 17 peratus. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini