Perdana Menteri tekan prinsip pengasingan kuasa dalam pentadbiran kerajaan baharu - Utusan Malaysia

Perdana Menteri tekan prinsip pengasingan kuasa dalam pentadbiran kerajaan baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menekankan tentang prinsip pengasingan kuasa antara perundangan, kehakiman dan eksekutif supaya dapat mengembalikan semula kegemilangan negara. 

Jelas beliau, Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan demokrasi dan pengasingan kuasa penting supaya kerajaan boleh dipantau serta ditegur sekiranya melakukan sebarang kesalahan yang bertentangan dengan undang-undang. 

“Inilah yang harus diingat oleh anggota pentadbiran supaya menjadi kakitangan yang kuat untuk melaksanakan segara urusan untuk membangunkan negara. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Pentadbir mesti jadi pentadbir yang baik dan tidak terpesong serta akur kepada negara demokrasi, jika tiada pemisahan kuasa maka ada pihak yang akan berkuasa sehingga tidak boleh ditegur dan ditentang jika melakukan kesalahan, ” katanya. 

Beliau berkata demikian pada Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Dataran Perdana Putra di sini hari ini. 

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abdul Rahim Seman. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini