Perak komited tunaikan janji penawaran air percuma - Utusan Malaysia

Perak komited tunaikan janji penawaran air percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH 26 Mei – Lembaga Air Perak (LAP) sedang mengkaji mekanisme terbaik untuk melaksanakan penawaran air percuma seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Memuatkan artikel berkaitan…

Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu berkata, pihaknya komited untuk melaksanakan perkara tersebut setelah perbincangan diadakan bersama LAP bagi memastikan ia dapat dinikmati oleh kumpulan sasar.

“Kita dapati ada ruang luas yang mencukupi untuk kita laksanakan dan ada beberapa idea, namun kita sedang mencari definisi lebih jelas untuk kumpulan sasar berkenaan,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang berkata demikian demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama penduduk setempat di Masjid Ar-Rahmaniah, Chenderiang, di sini hari ini.

Tambah beliai, pihaknya mempunyai keyakinan penuh terhadap LAP untuk melaksanakan tawaran berkenaan dalam masa 100 hari memerintah mengikut kemampuan kewangan kerajaan negeri.

Dalam perkembangan berlainan, mengulas mengenai tindakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membantah penjualan minuman keras di sebuah pasar raya di Gugusan Manjoi yang merupakan perkampungan Melayu terbesar di negara ini baru-baru ini, Ahmad Faizal berkata, keresahan itu boleh dibawa kepada kerajaan mengikut saluran yang betul.

“Mereka mengambil tindakan secara sendirian, namun saya faham dengan emosi mereka dan pengusaha juga perlu sensitif dengan masyarakat setempat.

“Namun, saya puji langkah pengusaha berkenaan yang menerima bantahan tersebut dengan baik,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN