Perak bakal lancar tabung patriotik - Utusan Malaysia

Perak bakal lancar tabung patriotik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH 31 Mei – Kerajaan negeri akan melancarkan tabung patriotik bagi membolehkan orang ramai menyalurkan sumbangan untuk membantu mangsa bencana alam tidak lama lagi.

Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu berkata, idea tersebut timbul selepas beliau didatangi oleh seorang penderma semalam yang mahu menyumbangkan wang sebanyak RM100,000.

Menurutnya, urusan untuk membuka akaun tabung patriotik itu akan diuruskan oleh Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mohd Ghazali Jalal.

“Disebabkan kerajaan pentadbiran sekarang tidak meminta dana politik, jadi ia merupakan suatu idea yang menarik untuk melaksanakan tabung ini supaya semua orang dapat menyumbang untuk kerajaan dan dipulangkan semula kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada 29 keluarga mangsa yang terlibat dalam bencana banjir baru-baru ini di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kampung Pahang di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN