Perak akan tunaikan beri air percuma kepada golongan sasar - Utusan Malaysia

Perak akan tunaikan beri air percuma kepada golongan sasar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH – Kerajaan Perak pimpinan Pakatan Harapan akan menunaikan satu daripada 31 janji yang ditawarkan kepada rakyat Perak iaitu pemberian air percuma kepada golongan sasaran tidak lama lagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu berkata, proses perbincangan bersama pentadbiran yang berkaitan sedang dibuat termasuk dengan Lembaga Air Perak (LAP).

“Kami dapati ada ruang luas yang mencukupi untuk kami laksanakannya dalam masa terdekat.

“Jadi kami akan tentukan definisi yang lebih jelas mengenai kumpulan sasaran yang akan merasai nikmat pemberian air percuma itu,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama kariah di Masjid Jamek Ar-Rahmaniah, Chenderiang, dekat sini malam ini.

Ahmad Faizal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang berkata, tawaran tersebut akan dilaksanakan dalam 100 hari pertama, namun mengikut kemampuan kewangan kerajaan negeri.

Jelas beliau, pihaknya mempunyai keyakinan penuh terhadap LAP untuk melaksanakan satu daripada manifesto Pakatan Harapan negeri itu ketika Pilihan Raya Umum ke-14. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN