Penyelidik temui pelbagai spesies marin pelik di perairan Indonesia - Utusan Malaysia

Penyelidik temui pelbagai spesies marin pelik di perairan Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SELAT SUNDA, Indonesia – Satu pasukan penyelidik menemui ribuan spesies makhluk marin pelik ketika menerokai sebuah kawasan pencarian di luar pantai selatan Jawa dekat sini.

Pasukan Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) dan Institut Sains Indonesia melakukan misi penerokaan itu di 63 tapak ketika belayar dari Jakarta ke bandar Cilacap, selatan Jawa pada Mac hingga April lalu.

Mereka menemui lebih 12,000 makhluk laut yang terdiri daripada 800 spesies berlainan ketika ekspedisi selama dua minggu itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Antara penemuan mereka yang luar biasa ialah seekor lipas laut gergasi yang digelar sebagai ‘lipas laut dalam’ dan turut menemui sejenis ketam hermit (ketam kecil) yang memiliki mata berkilauan.

Selain itu, mereka turut menemui udang karang gergaji, udang berdarah, ikan yang memiliki gigi taring dan beberapa hidupan marin yang tidak diketahui spesiesnya.

Menerusi status di Instagram, pasukan penyelidik yang terlibat dalam misi itu berkata, kakitangannya kelihatan tidak begitu teruja sehingga mereka menemui seekor lipas laut gergasi.

“Kami sebenarnya berasa amat terkejut dengan penemuan spesies luar biasa itu,” kata Ketua Muzium Sejarah Alam Semula Jadi di NUS, Lee Kong Chian. 
– Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini