PARA pendaki di seluruh dunia menganggap kejayaan mendaki Gunung Everest sebagai satu pencapaian yang sangat besar. Namun, kehadiran ramai pendaki yang kurang berpengalaman untuk menawan puncak tertinggi di dunia itu mengundang lebih banyak risiko kematian. Seorang juruterbang syarikat penerbangan India, seorang ahli bina badan dari Ohio, Amerika Syarikat (AS) dan seorang bekas eksekutif jualan atas talian sedang menunggu di pangkalan utama untuk mendaki gunung yang mempunyai ketinggian 8,848 meter itu.…










