KUALA LUMPUR 16 Mei – Rakyat kini memberi tumpuan kepada pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan dalam tempoh 100 hari bagi melihat pelaksanaan agenda-agenda seperti dijanjikan dan menentukan hala tuju pentadbiran negara. Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Dr. P. Sivamurugan berkata, mereka mahu menilai bagaimana Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyusun Kabinet. Menurut beliau, rakyat juga sedang memerhatikan usaha Dr. Mahathir menstabilkan parti selain agenda-agenda…










