Penjawat awam Melaka distruktur semula - Utusan Malaysia

Penjawat awam Melaka distruktur semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Kerajaan Negeri Melaka akan menstruktur semula kedudukan penjawat awamnya dalam usaha memastikan keberkesanan perkhidmatan kerajaan negeri serta agensi di bawahnya kepada rakyat, kata Ketua Menteri, Adly Zahari.

Beliau berkata, pada masa ini kerajaan negeri sedang menilai tahap kompetensi, kemampuan  serta keupayaan penjawat awam negeri ini dan pertukaran juga latihan semula akan dibuat terhadap penjawat awam yang terlibat, namun jumlah terlibat masih belum dimuktamadkan.

“Persoalan pengurangan penjawat awam itu tidak timbul, ia lebih kepada isu penstrukturan semula  (iaitu) isu kompetensi, kemampuan dan keupayaan mereka (penjawat awam negeri) diambil kira dalam penstrukturan semula tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pertukaran ada terlibat tetapi kita nilai secara jujur apa kita lakukan, mana-mana cemerlang akan dapat ganjaran, mana-mana yang lemah kita perbaiki mungkin (diberi) latihan dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri Melaka di sini hari ini.

Dilaporkan sebelum ini Melaka mempunyai kira-kira 8,000 penjawat awam yang berkhidmat untuk Kerajaan Negeri Melaka dan agensi di bawahnya. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN