JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri Johor meluluskan pemberian bantuan khas kewangan sebanyak RM1,000 sempena Aidilfitri kepada anggota penjawat awam, pihak berkuasa tempatan (PBT) serta badan berkanun negeri ini. Menteri Besar, Datuk Osman Sapian berkata, kelulusan itu diputuskan pada mesyuarat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor kali kedua hari ini. “Kerajaan Negeri Johor telah mengadakan mesyuarat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor (EXCO) kali kedua hari ini. “Kita telah berbincang banyak perkara…











