Peniaga menangi cabutan BSN RM1 juta - Utusan Malaysia

Peniaga menangi cabutan BSN RM1 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Mei – Seorang peniaga, Yaakob Mohamad Arsat, 54, dari Semenyih, Selangor tidak menyangka amalan menyim­pan Sijil Simpanan Premium (SSP) Bank Simpanan Nasional (BSN) sejak 18 tahun lalu, melayakkannya menerima ganjaran berupa simpanan tunai BSN SSP bernilai RM1 juta.

Yaakob mengakui agak terkejut apabila dihubungi wakil BSN yang mengumumkan dia merupakan pemenang Cabutan BSN SSP untuk bulan April kira-kira tiga minggu lalu.

“Saya mula menyimpan sebanyak RM3,000 dalam SSP pada 2000 dan menambah nilai simpanan dari semasa ke semasa sehingga mencecah RM40,000.

“Apa yang saya dapat hari ini mungkin rezeki Ramadan dan saya lihat ini peluang untuk saya membesarkan lagi perniagaan dan menambah pelaburan dalam SSP,” katanya ketika ditemui dalam Majlis Cabutan BSN SSP Mei 2018, di sini hari ini.

BSN meneruskan kesinambungan kempen cabutan BSN SSP melalui kempen Penca­rian Diteruskan! 12 Juta ringgit, 12 Jutawan, 12 Bulan sepanjang tahun 2018.

Turut menerima ganjaran menarik daripada BSN pada majlis itu ialah Othman Awang, 53, dari Terengganu yang diumumkan sebagai pemenang kategori Cabutan Bulanan BSN SSP sekali gus melayakkannya memiliki sebuah kereta mewah BMW 318i.

Yaakob berkata, orang ramai perlu mengamalkan sikap menabung atau melabur seperti mana kempen yang dijalankan BSN ini.

“Sikap suka menyimpan bukan sahaja menghindarkan kita daripada menjadi boros tetapi banyak manfaat lain yang boleh kita dapat seperti apa saya menangi hari ini, ia sesuatu perkara luar biasa, namun tidak mustahil,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Perniagaan BSN, Kameel Abdul Halim berkata, cabutan istimewa itu adalah usaha BSN untuk menggalakkan orang ramai menanamkan amalan menyimpan dalam kehidupan seharian mereka.

“Saya percaya kekangan masa serta jadual tugasan yang padat menjadi penghalang untuk kita menyimpan, namun saya berharap kempen cabutan istimewa ini dapat menjadi penggalak untuk kita menyimpan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN