Pengurus restoran maut rempuh belakang lori - Utusan Malaysia

Pengurus restoran maut rempuh belakang lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS 25 Mei – Seorang pengurus restoran yang sedang dalam perjalanan pulang ke kampung di Jitra, Kedah maut selepas motosikal ditungganginya merempuh belakang sebuah lori di Kilometer 116 Lebuh Raya Utara Selatan Arah Utara, dekat sini petang tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam kejadian lebih kurang pukul 2.30 petang itu, mangsa Nurul Ashikin Mohamad Yusni, 24, yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC 135 merempuh belakang lori ais yang rosak dan berhenti di lorong kecemasan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, lori yang sedang dalam perjalanan dari Seberang Jaya menghala ke Sungai Petani itu mengalami masalah enjin.

“Ketika kejadian, lori ais itu berhenti di lorong kecemasan akibat mengalami masalah enjin sebelum tiba-tiba datang motosikal ditunggang mangsa merempuh belakang lori itu.

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah di kepala,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambahnya, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kepala Batas untuk di bedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN