BEIRUT – Seorang pengemis wanita berstatus orang kelainan upaya yang bergantung hidup menerusi sumbangan orang ramai di Lebanon disahkan meninggal dunia sebagai jutawan. Polis tempatan terkejut selepas mendapati Fatima Othman, 52, berjaya mengumpul wang dengan begitu banyak ketika meminta sedekah di kawasan jalan raya sekitar bandar Beirut. Mayat Fatima ditemui dalam sebuah kereta terbiar di daerah Barbir di sini bersama dua beg mengandung wang tunai AS$3,300 (RM13,100). Pemeriksaan lanjut menemui…










