Penganggur didakwa muat naik status jelik terhadap Agong - Utusan Malaysia

Penganggur didakwa muat naik status jelik terhadap Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Mei – Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memuat naik status jelik terhadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di laman Facebooknya, dua tahun lalu.

Amir Izhar Hamiruddin, 33, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di Hakim Zamri Bakar.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menggunakan aplikasi melalui laman profil Facebook ‘Amir Izhar’ secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang palsu sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain, kira-kira pukul 12.38 tengah hari, 16 Disember 2016.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pautan itu kemudiannya dibaca di Hotel Ancasa, Jalan Tun Tan Cheng Lock, di sini kira-kira pukul 8.40 pagi, 18 Disember tahun sama.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya dan hendaklah didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan 26 Jun ini untuk sebutan semula kes. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini