Penduduk lega, aliran lava Gunung Berapi Kilauea terhenti - Utusan Malaysia

Penduduk lega, aliran lava Gunung Berapi Kilauea terhenti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HONOLULU 29 Mei – Aliran lahar dari letusan Gunung Berapi Kilauea di Hawaii yang merosakkan stesen janakuasa geoterma berhenti dengan terdapat lahar memancut keluar setinggi 30 meter ke udara, sekali gus memberikan kelegaan sementara ke kawasan yang terkepung selama 25 hari itu, kata pegawai semalam.

Bagaimanapun, pakar geologi menyatakan terdapat letupan baharu dari kawah itu yang menghamburkan debu setinggi 4,000 meter ke udara selain satu rekahan baharu memuntahkan lahar pada kadar satu meter sesaat.

Rekahan baharu berkenaan mengeluarkan lebih banyak lahar ke daerah Leilani Estates yang dikosongkan di bahagian timur Big Island.

Oleh kerana, lahar itu mengalir keluar meliputi satu kawasan luas, bahagian aliran di hadapan hanya bergerak pada kelajuan tiga kaki sesaat, kata seorang ahli geologi yang berkhidmat di Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), Carolyn Parcheta menerusi mesej video atas talian.

Aliran lahar tersebut meliputi dua telaga yang digunakan untuk mengeluarkan wap dan gas dari dalam teras bumi di loji Puna Geothermal Venture (PGV) berkapasiti 38 megawat itu.

Menurut pengendalinya, Ormat Technologies Inc yang dimiliki Israel berkata, mereka masih belum dapat menilai kerosakan.

Ormat berkata, loji tersebut mewakili 4.5 peratus daripada keseluruhan kapasiti penjanaannya dan kerosakan teruk atau penutupannya boleh memberi kesan buruk kepada perniagaan syarikat.

Sementara itu, penduduk pula bimbang telaga itu akan meletup.

Menurut pegawai, loji ja­na­kuasa itu selamat kerana lahar tidak pernah menenggelamkan sebuah loji janakuasa di mana-mana tempat di dunia,

Pihak berkuasa telah menutup operasi loji berkenaan selain memindahkan 60,000 gelen (230,000 liter) bahan cecair mudah terbakar dan menyah aktifkan telaganya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN