KUALA LUMPUR – Pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) mungkin boleh dilaksanakan dalam masa sekurang-kurangnya tiga tahun lagi, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin. Beliau berkata, buat masa ini kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu mengutamakan pelbagai perkara penting lain terlebih dahulu seperti memastikan kedudukan kewangan negara stabil. “Kita juga perlu melihat implikasi kos tetapi saya rasa ia boleh dilaksanakan tiga tahun lagi,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Rumah Transit Pinggiran Bukit Jalil di sini hari ini bagi mengetahui masalah penduduk. “Dalam masa enam bulan ini kita akan lakukan kajian terperinci mengenai perkara ini,” katanya sambil menambah pemilihan PBT perlu kerana bagi negara yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya