Pemandu kereta nyaris maut dirempuh lori - Utusan Malaysia

Pemandu kereta nyaris maut dirempuh lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Seorang pemandu kereta nyaris terkorban selepas sebuah lori merempuh kenderaan yang dipandunya di Kilometer 26.5, Lebuh Raya Damansara-Puchong arah Bukit Puchong menghala ke Puchong Perdana, dekat sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam kejadian pada pukul 2.45 petang itu, pemandu berkenaan sempat keluar dan menyelamatkan diri daripada dirempuh lori tersebut.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, kejadian tersebut tidak melibatkan sebarang kecederaan.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku selepas pemandu lori berkenaan hilang kawalan sebelum melanggar kenderaan di hadapannya.

“Selain itu, sebanyak empat buah kenderaan termasuk dua lori turut terbabit dalam kemalangan tersebut sehingga menyebabkan kesesakkan lalu lintas di sepanjang jalan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN