KAHERAH, Mesir – Persatuan Bola Sepak Mesir (EFA) akhirnya berjaya meredakan kegusaran para peminat bola sepak negara itu berhubungan kecederaan bintang sensasi mereka, Mohamed Salah yang dilihat berdepan kecederaan ketika beraksi pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara awal pagi semalam. Menurut EFA, hasil pemeriksaan awal mendapati kecederaan dialami Salah tidak terlalu serius seperti yang dijangkakan dan dia mungkin masih berpeluang untuk membantu Mesir pada saingan Piala Dunia di Rusia bulan depan.…











